Thursday, November 12, 2009

Hujah (TV9) vs. Sudut Pandang (Astro Awani)

Minggu ini, saya berkesempatan untuk menonton rancangan bual bicara ilmiah - Hujah di TV9 dan Sudut Pandang di Astro Awani. Tajuk masing-masing adalah "Sekolah Satu Aliran" (TV9) dan "Tenaga Nuklear" (Awani). Kedua-duanya bersiaran selama 30 minit, maka percaturan masa dan isi sangat penting walaupun pada perkiraan saya rancangan seperti ini perlu minimum satu jam supaya tidak tergesa-gesa.



Bagi saya Sudut Pandang lebih baik daripada Hujah. Mungkin anda tidak bersetuju, tetapi ini pendirian saya:

1. Prof. Agus tidak sesuai menjadi hos rancangan hujah. Saya tidak mempertikai ilmuwan seperti beliau, tetapi dengan nada yang tidak sesuai untuk bertanya menjadikan tetamu tidak selesa untuk menjawab dengan tenang.

2. Rancangan hujah menjadi milik pengacara sedangkan tetamu hanya menjawab "pendek-pendek" sahaja, sekadar bersetuju atau menidakkan sehingga tiada yang dikatakan "hujah".

3. Sudut Pandang kelolaan Kamarul Bahrin jauh lebih baik, sedangkan panelnya 2 orang berbanding 1 di Hujah. Kamarul bijak bertanya, bijak mencelah tanpa mencacatkan "mood" penonton.

4. Pertanyaan jelas, kemas dan teratur. Pendek kata, lebih "profesional" daripada seorang yang bergelar Prof.


Maaf jika ada yang tidak bersetuju.

Au revoir!

Sila Beri Cadangan: Stadium & PDRM

Sila Beri Cadangan.

Kes 1:

Setelah Kelantan kalah Piala Malaysia, semua maklum apa yang sudah berlaku di Stadium Bukit Jalil. Adalah tidak bijak untuk menghukum bahawa "Penyokong" (bukan rakyat) Kelantan itu dan ini..... Tetapi ada satu komen dikeluarkan oleh berita waktu perdana bahawa penyokong Kelantan tidak bersetuju dengan cara FAM "mengajar" penonton/penyokong dengan mendenda KAFA. Baginya, cara itu tidak dapat mendidik.

Kata Saya: Pertama sekali, bukan kali pertama FAM membuat tindakan denda. Ini adalah cara paling adil, kalau nak berhibur dengan sukan buat cara baik. Kalau "orang itu" tahu cara yang lebih baik, Sila Beri Cadangan.


Kes 2:

Malam tadi menerusi rancangan jenayah 999, seorang pegawai polis telah menyindir pihak yang sangsi berkenaan penjenayah yang mati ditembak - semata-mata kerana faktor kaum. Beliau telah mencabar pihak yang mempertikai itu, Sila Beri Cadangan. (hehe)

Kata Saya: Memang mana-mana orang, pasukan atau perkumpulan ada kelemahan. Berkenaan PDRM, isu tembak-tembak ini tidak perlu diemosikan sebegitu rupa. Polis tersebut telah membuat cabaran secara lembut, maka pihak yang begitu cerdik tadi diminta untuk membantu PDRM. Jangan sampai Malaysia jadi syurga penjenayah sudahlah. Cuma, boleh tak PDRM dedahkan nisbah kaum yang menjadi "rekod polis", "orang dalam buruan" dan "senarai paling dikehendaki" jadi mudahlah mana-mana "kaum" memperbaiki "kaum"nya. Jadi dalam masa yang sama, orang yang mempertikai boleh memikir cara paling baik untuk berhadapan tembakan pistol.

Au revoir!

TV3: Sila Semak Bahasa Rancangan "Spice Route"


Maafkan sekiranya amatan saya silap, tapi saya minta pihak TV3 mengkaji BAHASA yang digunakan oleh rancangan "Spice Route Adabi", setiap Isnin. Saya amat terkejut dengan kualiti skrip latar rancangan tersebut, di mana campur aduk bahasa kebangsaan dan Inggeris dilakukan dengan tidak berhemah. Pada saya, ianya tidak santai langsung, malah seolah menghina bahasa kebangsaan - jauh tersasar daripada konsep TV3 pada kebiasaannya.

Mungkin rancangan ini bukan milik TV3, tetapi siarannya di TV3.

Rancangan ini tidak cantik langsung bahasanya, tidak seperti rancangan asal TV3 seperti Nona, WHI, juga KSW di Buletin Utama.

Au revoir!

Sunday, November 1, 2009

Saturday, October 31, 2009

NS, Kelantan Mara ke Akhir Piala Malaysia

Memilih antara perlawanan malam tadi - Piala Malaysia dan EPL - saya lebih tertarik dengan perlawanan domestik. Cara bermain ada menunjukkan peningkatan, di mana Perlis punya serangan dan permainan yang agak teratur tapi sayang gagal mencari penyudah.

Kelantan biar tanpa kelibat Indra masih mampu melakar jaringan 3-0, terima kasih atas jaringan hattrick penyerang mudanya. Khalid seperti biasa dengan gaya 'malas-malas' ala Berbatov tapi masih ada kelas. Halim Napi terpuji walau sudah berusia.

Bola sepak tempatan - semakin meriah apabila ke penghujung. Stadium penuh sesak sehingga ada yang marah-marah bila tiket kehabisan. Mengapa ia tidak seperti liga-liga lain di negara luar? Sambutan hangat sepanjang musim, dan menjadi terlalu hangat sedang liga berehat di mana jual beli manusia berlaku. Apakah kita gagal untuk meniru konsep liga ini? Tiada guna sistem liga kalau tiada sambutan, menjadi punca ekonomi yang kuat, menjadi medan bakat baru bersaing mewakili negara. Mungkin kita tiru sikit-sikit dan mengabaikan yang paling penting - faktor publisiti dan drama - yang boleh menjadikan satu-satu liga itu jadi bualan orang.

Rugi, rugi, rugi. Sepatutnya sukan bolasepak semakin maju, sekurang-kurang menjana ekonomi secara berterusan, bukannya 'ada musim' di dalam 'musim'.

Au revoir!

Tuesday, October 20, 2009

Kemunduran Bahasa - Salah Siapa?


Salah siapakah bahasaku menjadi mundur?

Mungkin salah penguasa yang curang kepada ilmu?

Atau habis sudah cerdik pandai sastera tatkala sains dan teknologi jadi agungan?

Atau lemah daya berfikir untuk menjadi kreatif berbahasa?

Atau dunia hanya dilihat bersegi-segi sehingga yang seni dipandang sepi?

Lantaran itu saling menuduh, sedang yang disuruh terusan mengeluh.

Entahlah........


Au revoir!

Thursday, October 8, 2009

Antara Isa Samad dan Perodua Alza

Pada hari Ahad nanti, PRK Bagan Pinang akan berlangsung di mana calon BN, Tan Sri Isa Samad beradu sokongan dengan calon PAS (PR), Zulkefly Omar. Berbanding PRK yang lepas di mana kebanyakan kawasan rebutan adalah kepunyaan parti-parti dalam PR, Tan Sri Isa kali ini dilihat sebagai favourite untuk menang (berdasarkan tinjauan akhbar dan internet).


Hujung tahun ini juga Perodua bakal melancarkan sebuah kenderaan kelas MPV-nya yang baru, di mana akan memberi saingan kepada MPV tempatan pertama negara, Proton Exora. Adakah MPV Perodua (Alza??) ini bakal mengatasi jualan hangat Exora buat masa ini atau setidak-tidaknya berada di tangga kedua jualan kenderaan selepas model Myvi? Sesiapa yang menunggu MPV Perodua ini untuk dijadikan bandingan sebelum membeli pasti tidak sabar untuk membelek ciri-ciri yang ada pada keduanya sebelum membuat keputusan.

Apapun, kedua-dua nota di atas menceritakan di dalam hidup kita selalu diuji dengan PILIHAN. Jadi apakah pilihan anda wahai sesiapa yang dimaksudkan di atas - pengundi DUN Bagan Pinang dan pembeli MPV.

Seperti kata lirik tersohor malar hijau berikut - "Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..." Pasti anda tak mahu melagukannya kemudian hari.

Maka buatlah kajian, dengar dan AMBIL TAHU dari semua sumber selagi terdaya, BERFIKIR dan membuat keputusan. Buatlah keputusan yang bijak kerana diri sendirilah yang akan terkesan dengan PILIHAN yang dibuat.

Au revoir!