Wednesday, September 30, 2009

1Malaysia: Idea Gila-gila


1Malaysia nampaknya sudah makin diterima ramai. Namun, ramai juga masih menanti adakah gagasan Perdana Menteri ini akan mencapai hasratnya, yang juga akan menetukan kekuatan kerajaan yang memerintah dalam memenangi rakyat dan seterusnya PRU.

Saya bukan ahli politik (baca: ahli dalam politik) mahupun penyokong tegar mana-mana parti. Namun tertarik dengan 1Malaysia, saya ingin memberi idea untuk menyemarakkan gagasan ini:

Program realiti 1Malaysia - bukankah penyiar tempatan begitu galak mengadakan bermacam program realiti untuk bidang hiburan, apa kata lakukannya pula untuk 1Malaysia. Nak buat apa? Heh....

  • Tukar Rumah - ambil sesiapa secara sukarela, letak di rumah keluarga bangsa lain tengok apa jadi....

  • True 1Malaysia - pertandingan siapa sebenarnya rakyat (individu) yang layak digelar Anak 1Malaysia, atau mungkin Bapak 1Malaysia, atau ..... mungkin dianya boleh ckp 5 bahasa utama di Malaysia...atau seorang anak campur yang begitu memahami budaya...boleh buat duit kot dengan SMS....Astro, ada bran?

  • Penempatan 1Malaysia - macam yang di atas tapi untuk kat egori tempat tinggal...nih orang Chemor ada banyak sebab untuk menang...

Berita 1Malaysia - Malaysia sangat unik kerana ada berita dalam bermacam bahasa. Bukan nak kupas kenapa dan apa sebab jadi begini kerana banyak bahasa seakan-akan tiada kesatuan dalam penggunaan bahasa, betul ke? Ok, tinggalkan bab itu dulu. Tapi nak beri panas 1Malaysia boleh lakukan yang berikut:

  • Berita utama Bahasa Malaysia mestilah dibaca oleh bukan Melayu sepenuhnya - kedua-duanya lelaki dan perempuan. Makna kata Pang Chin Fei atau Charles Mohan boleh teruskan.

  • Berita bahasa lain dibaca oleh bukan bangsa yang majoriti penggunanya. Contoh berita Mandarin dibaca oleh seorang wanita Melayu (bertudung?). Bukankah ramai orang Melayu masuk sekolah SJKC dan SMJKC. Begitu juga untuk berita Tamil. Berita Inggeris siapa nak baca....ermmm...siapa-siapalah (Nabil kata: Lu Pikirlah Sendiri)

  • Ambil kira juga pakaian penyampai. Baju Melayu, kurung, kebaya, etnik Sarawak, dll.

  • Surat khabar macam-macam bahasa dalam satu set....hmm..ada siapa nak beli?

Tempat makan 1Malaysia - Umumkan restoran mamak sebagai restoran 1Malaysia. Sebab apa, semua bangsa selesa, suka pergi restoran mamak daripada yang lain-lain yang bersifat kaum. Makin kaya mamak 1Malaysia.

Sekian, idea saya buat masa ini...nantikan post seterusnya...

Au revoir!


Tuesday, September 29, 2009

OPS Sikap - Ooopss! Silap!

OPS Sikap atau Ooopss...Silap?

Bagi yang beremosi, pastinya luahan kecewa yang diperkatakan. Namun benarkah OPS Sikap satu kegagalan?

The Malaysian Insider ada membincangkan hal ini.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/38782-ops-sikap-degenerating-into-oops-silap--m-bakri-musa

Au revoir!