Saturday, October 31, 2009

NS, Kelantan Mara ke Akhir Piala Malaysia

Memilih antara perlawanan malam tadi - Piala Malaysia dan EPL - saya lebih tertarik dengan perlawanan domestik. Cara bermain ada menunjukkan peningkatan, di mana Perlis punya serangan dan permainan yang agak teratur tapi sayang gagal mencari penyudah.

Kelantan biar tanpa kelibat Indra masih mampu melakar jaringan 3-0, terima kasih atas jaringan hattrick penyerang mudanya. Khalid seperti biasa dengan gaya 'malas-malas' ala Berbatov tapi masih ada kelas. Halim Napi terpuji walau sudah berusia.

Bola sepak tempatan - semakin meriah apabila ke penghujung. Stadium penuh sesak sehingga ada yang marah-marah bila tiket kehabisan. Mengapa ia tidak seperti liga-liga lain di negara luar? Sambutan hangat sepanjang musim, dan menjadi terlalu hangat sedang liga berehat di mana jual beli manusia berlaku. Apakah kita gagal untuk meniru konsep liga ini? Tiada guna sistem liga kalau tiada sambutan, menjadi punca ekonomi yang kuat, menjadi medan bakat baru bersaing mewakili negara. Mungkin kita tiru sikit-sikit dan mengabaikan yang paling penting - faktor publisiti dan drama - yang boleh menjadikan satu-satu liga itu jadi bualan orang.

Rugi, rugi, rugi. Sepatutnya sukan bolasepak semakin maju, sekurang-kurang menjana ekonomi secara berterusan, bukannya 'ada musim' di dalam 'musim'.

Au revoir!

Tuesday, October 20, 2009

Kemunduran Bahasa - Salah Siapa?


Salah siapakah bahasaku menjadi mundur?

Mungkin salah penguasa yang curang kepada ilmu?

Atau habis sudah cerdik pandai sastera tatkala sains dan teknologi jadi agungan?

Atau lemah daya berfikir untuk menjadi kreatif berbahasa?

Atau dunia hanya dilihat bersegi-segi sehingga yang seni dipandang sepi?

Lantaran itu saling menuduh, sedang yang disuruh terusan mengeluh.

Entahlah........


Au revoir!

Thursday, October 8, 2009

Antara Isa Samad dan Perodua Alza

Pada hari Ahad nanti, PRK Bagan Pinang akan berlangsung di mana calon BN, Tan Sri Isa Samad beradu sokongan dengan calon PAS (PR), Zulkefly Omar. Berbanding PRK yang lepas di mana kebanyakan kawasan rebutan adalah kepunyaan parti-parti dalam PR, Tan Sri Isa kali ini dilihat sebagai favourite untuk menang (berdasarkan tinjauan akhbar dan internet).


Hujung tahun ini juga Perodua bakal melancarkan sebuah kenderaan kelas MPV-nya yang baru, di mana akan memberi saingan kepada MPV tempatan pertama negara, Proton Exora. Adakah MPV Perodua (Alza??) ini bakal mengatasi jualan hangat Exora buat masa ini atau setidak-tidaknya berada di tangga kedua jualan kenderaan selepas model Myvi? Sesiapa yang menunggu MPV Perodua ini untuk dijadikan bandingan sebelum membeli pasti tidak sabar untuk membelek ciri-ciri yang ada pada keduanya sebelum membuat keputusan.

Apapun, kedua-dua nota di atas menceritakan di dalam hidup kita selalu diuji dengan PILIHAN. Jadi apakah pilihan anda wahai sesiapa yang dimaksudkan di atas - pengundi DUN Bagan Pinang dan pembeli MPV.

Seperti kata lirik tersohor malar hijau berikut - "Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..." Pasti anda tak mahu melagukannya kemudian hari.

Maka buatlah kajian, dengar dan AMBIL TAHU dari semua sumber selagi terdaya, BERFIKIR dan membuat keputusan. Buatlah keputusan yang bijak kerana diri sendirilah yang akan terkesan dengan PILIHAN yang dibuat.

Au revoir!

Monday, October 5, 2009

Wajarkah Restoran Mamak Diiktiraf "Kedai Makan 1Malaysia" ??

"Mamak 1Malaysia - Air Didahulukan, Perut Kekenyangan"
Au revoir!

Utusan: Kaji Beri Lebih Kuasa DBP Martabat Bahasa

UTUSAN Malaysia: (4 Oktober 2009)

LARUT 4 Okt. - Kerajaan sedia mengkaji untuk memberi lebih kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sedar ada pihak tertentu menuntut agar pihak terbabit memainkan peranan yang lebih besar dalam menjamin kedudukan dan masa depan bahasa kebangsaan itu.

''Ini (beri kuasa) kita akan mengkaji lagi, tetapi pastinya yang penting, Akta Bahasa Kebangsaan hendaklah dipinda dan usaha pindaan sudah dilakukan.

''Ia perlu dibawa ke Kabinet dulu sebelum Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas pandangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini mengenai perlunya DBP diberi kuasa penguatkuasaan bagi memartabatkan bahasa Melayu.
Cadangan itu merupakan hasil Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang berlangsung di Johor Bahru, baru-baru ini.

Menurut Awang Selamat, selagi DBP tidak mempunyai kuasa tersebut, agensi itu dilihat umpama 'harimau tidak bertaring.'

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan tersebut telah pun siap dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk disemak sebelum di bawa ke Kabinet.

''Sudah ada draf pindaan kepada Akta Bahasa Kebangsaan yang telah siap dan diserahkan kepada Peguam Negara tetapi belum dibawa ke Kabinet.

''Dalam perkara itu juga ada perakuan yang dibuat pada pindaan akta (untuk) memberi kuasa (kepada DBP), tetapi kita hendak tengok bagaimana perkara itu boleh dilaksanakan, masa yang sesuai walaupun tuntutan sekarang ini. Kalau ikut suara-suara tertentu, (mereka) minta kuasa lebih," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------

Komen saya:

Baguslah akhirnya isu bahasa ini mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara. Kita tunggu dan lihat!

Au revoir!