Thursday, October 8, 2009

Antara Isa Samad dan Perodua Alza

Pada hari Ahad nanti, PRK Bagan Pinang akan berlangsung di mana calon BN, Tan Sri Isa Samad beradu sokongan dengan calon PAS (PR), Zulkefly Omar. Berbanding PRK yang lepas di mana kebanyakan kawasan rebutan adalah kepunyaan parti-parti dalam PR, Tan Sri Isa kali ini dilihat sebagai favourite untuk menang (berdasarkan tinjauan akhbar dan internet).


Hujung tahun ini juga Perodua bakal melancarkan sebuah kenderaan kelas MPV-nya yang baru, di mana akan memberi saingan kepada MPV tempatan pertama negara, Proton Exora. Adakah MPV Perodua (Alza??) ini bakal mengatasi jualan hangat Exora buat masa ini atau setidak-tidaknya berada di tangga kedua jualan kenderaan selepas model Myvi? Sesiapa yang menunggu MPV Perodua ini untuk dijadikan bandingan sebelum membeli pasti tidak sabar untuk membelek ciri-ciri yang ada pada keduanya sebelum membuat keputusan.

Apapun, kedua-dua nota di atas menceritakan di dalam hidup kita selalu diuji dengan PILIHAN. Jadi apakah pilihan anda wahai sesiapa yang dimaksudkan di atas - pengundi DUN Bagan Pinang dan pembeli MPV.

Seperti kata lirik tersohor malar hijau berikut - "Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..." Pasti anda tak mahu melagukannya kemudian hari.

Maka buatlah kajian, dengar dan AMBIL TAHU dari semua sumber selagi terdaya, BERFIKIR dan membuat keputusan. Buatlah keputusan yang bijak kerana diri sendirilah yang akan terkesan dengan PILIHAN yang dibuat.

Au revoir!

1 comment: