Thursday, November 12, 2009

Hujah (TV9) vs. Sudut Pandang (Astro Awani)

Minggu ini, saya berkesempatan untuk menonton rancangan bual bicara ilmiah - Hujah di TV9 dan Sudut Pandang di Astro Awani. Tajuk masing-masing adalah "Sekolah Satu Aliran" (TV9) dan "Tenaga Nuklear" (Awani). Kedua-duanya bersiaran selama 30 minit, maka percaturan masa dan isi sangat penting walaupun pada perkiraan saya rancangan seperti ini perlu minimum satu jam supaya tidak tergesa-gesa.



Bagi saya Sudut Pandang lebih baik daripada Hujah. Mungkin anda tidak bersetuju, tetapi ini pendirian saya:

1. Prof. Agus tidak sesuai menjadi hos rancangan hujah. Saya tidak mempertikai ilmuwan seperti beliau, tetapi dengan nada yang tidak sesuai untuk bertanya menjadikan tetamu tidak selesa untuk menjawab dengan tenang.

2. Rancangan hujah menjadi milik pengacara sedangkan tetamu hanya menjawab "pendek-pendek" sahaja, sekadar bersetuju atau menidakkan sehingga tiada yang dikatakan "hujah".

3. Sudut Pandang kelolaan Kamarul Bahrin jauh lebih baik, sedangkan panelnya 2 orang berbanding 1 di Hujah. Kamarul bijak bertanya, bijak mencelah tanpa mencacatkan "mood" penonton.

4. Pertanyaan jelas, kemas dan teratur. Pendek kata, lebih "profesional" daripada seorang yang bergelar Prof.


Maaf jika ada yang tidak bersetuju.

Au revoir!

No comments:

Post a Comment